Tiga Lelaki Disyaki Terlibat Kes Samun Diberkas

Diterbitkan: Ahad, 30 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Polis memberkas tiga lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes samun bersenjata di Taman Tiong di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin berkata suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah hari ini dan mereka ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, sekumpulan lelaki bersenjatakan parang memasuki sebuah rumah di Taman Tiong dan mengikat enam penghuninya sebelum mengambil barang kemas, komputer riba, telefon bimbit serta wang tunai.

Khalil berkata suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggu di luar rumah.

Sementara itu, dalam insiden berasingan, seorang lelaki berusia 20-an menyamar sebagai pemilik rumah untuk menceroboh sebuah kediaman yang tidak didiami di Taman Peruda.

Khalil berkata kejadian itu disedari jiran apabila melihat suspek keluar dari bumbung rumah dan memaklumkan perkara berkenaan kepada pemilik sebenar yang menetap di tempat lain.

Beliau berkata polis dari Unit Rondaan Bermotosikal berjaya mengepung suspek dan memberkasnya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan