Gara-Gara Halang Teman Wanita Diganggu, Lelaki Maut Dibelasah

Diterbitkan: Ahad, 30 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Gara-gara menegur sekumpulan lelaki yang menganggu teman wanitanya, seorang lelaki maut setelah dipukul dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kebun Teh di sini awal pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad Salleh berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, Ong Kien Chong, 27, dikatakan ke kelab berkenaan untuk berhibur bersama teman wanita dan tiga lagi rakannya. "Ketika sedang minum, tiga lelaki daripada meja berdekatan dilapor telah menganggu teman wanita mangsa dan seorang lagi rakan wanitanya menyebabkan berlaku pertengkaran. "Pertengkaran itu kemudian berlarutan sehingga ke luar kelab malam dan ketiga-tiga suspek dikatakan menyerang mangsa dibantu lima lagi rakan mereka dengan bersenjatakan parang dan kayu," katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Berikutan pergaduhan itu Ong yang merupakan pekerja logistik sebuah syarikat swasta di Perak bersama seorang lagi rakannya mengalami cedera parah di beberapa bahagian badan dan kepala.

Mereka dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

Ong mati pada pukul 6.15 pagi manakala rakannya masih dirawat di hospital berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan