Rumah Anak Yatim Di Hulu Kelang Terbakar

Diterbitkan: Sabtu, 29 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada sebuah rumah anak yatim di Hulu Kelang di sini dijilat api dalam kejadian malam Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihak bomba menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.57 malam, beberapa minit selepas kebakaran bermula.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang dipercayai bermula di tingkat teratas bangunan tiga tingkat itu yang melibatkan tiga bilik, katanya ketika dihubungi Bernama.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, kata jurucakap itu.

Bilangan penghuni rumah anak yatim itu belum dapat dipastikan ketika berita ini ditulis. Dua jentera bomba dari Balai Bomba Ampang Jaya dan Pandan Indah digegaskan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal pada pukul 10.40 malam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan