Mayat Dicincang, Dibakar Disahkan Wanita

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mayat manusia yang dicincang dan dibakar sebelum dicampak ke dalam semak di Jalan Pintas dekat Genting Skyway, Genting Highlands petang Isnin disahkan seorang wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata pengesahan jantina itu dibuat berdasarkan bentuk kepala dan fizikal mayat itu.

"Bagaimanapun identiti mangsa belum diketahui kerana mayat itu sukar dikenali berikutan anggota badannya telah dikerat-kerat lalu dibakar dan dibuang di situ.

"Polis masih menunggu ujian DNA bagi mengenal pasti identiti mangsa, tangan dan kaki mangsa belum ditemui. Kami percaya mangsa dicincang dan dibakar di tempat lain sebelum dicampak di situ," katanya di sini Selasa.

Beliau berkata polis juga percaya mangsa dibunuh 48 jam sebelum mayat itu ditemui orang awam di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan atau mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil di Balai Polis Bentong atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Semalam, mayat manusia yang dicincang dan dibakar ditemui seorang lelaki yang kebetulan mahu membuang air kecil pada pukul 5.15 petang.

Polis kemudian menemui cebisan badan mangsa yang diletakkan dalam plastik dan berbalut surat khabar sebelum dibakar.

"Polis sedang menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Patologi Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mengetahui punca dan sebab kematian mangsa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan