Dua Kedai Di Seremban Musnah Dalam Kebakaran Awal Pagi Ini

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sebuah kedai perabot dan sebuah kedai alat ganti kenderaan di Jalan Tuanku Antah di sini musnah dalam kebakaran, awal hari Rabu.

Kebakaran pada pukul 12.45 pagi itu menyebabkan kesemua barangan perabot antaranya almari, sofa dan meja makan musnah.

Turut musnah barangan di dalam kedai alat ganti kenderaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Mohd Ramali Arbai berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.49 pagi dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

Beliau berkata lima jentera dengan 32 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban mengambil masa 30 minit untuk mengawal kebakaran.

"Sebaik tiba di lokasi, kebakaran sudah hampir 95 peratus. Keseluruhan operasi dihentikan pada pukul 6.13 pagi," katanya di sini.

Beliau berkata punca dan jumlah kerugian masih disiasat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan