Suspek Kes Dera Kanak-Kanak Tujuh Tahun Diberkas

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis pada Selasa menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang diselamatkan dari sebuah rumah di Taman Perumahan Gong Badak, di sini Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ACP K. Manoharan berkata dalam operasi pukul 12 tengah hari di sebuah rumah awam kos rendah Gong Badak itu, polis turut menahan ibu kanak-kanak malang berkenaan.

Ketika diserbu, polis mendapati ada dua kanak-kanak dipercayai adik kepada mangsa dera, yang masing-masing berusia lima dan dua tahun setengah bersama pasangan berkenaan, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

"Sebaik menerima maklumat, kita terus melakukan serbuan dan berjaya menahan suspek yang merupakan penagih tegar," katanya menambah dua kanak-kanak yang ditemui bersama pasangan itu berada dalam keadaan sihat.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 25 tahun dan ibu kanak-kanak itu yang berusia 28 tahun positif dadah jenis Methamphetamine.

Suspek yang bekerja sebagai buruh kini ditahan untuk siasatan lanjut, manakala wanita yang dipercayai isterinya serta dua kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

"Siasatan awal kita dapati terdapat kesan dera pada dua kanak-kanak ini dan kita masih menunggu laporan penuh dari pihak hospital berhubung kecederaan yang dialami dua beradik itu," katanya menambah ibu kanak-kanak terbabit mengalami patah tangan.

Terdahulu hari ini, Bernama melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun bukan sahaja dipukul dan dicucuh puntung rokok tetapi juga dikurung dan dibiarkan kelaparan selama beberapa hari dalam kejadian di sebuah rumah di Gong Badak.

Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan pasukan polis pada pukul 4.30 petang semalam, susulan laporan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) yang menerima maklumat orang awam berhubung tangisan kanak-kanak dari rumah tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan