Penjenayah Gagal Larikan Mesin ATM Di Melaka

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sekumpulan penjenayah berputih mata selepas gagal melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Taman Ayer Keroh Heights di sini awal pagi Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian 5.55 pagi itu, tiga lelaki berpakaian gelap dan bertopi keledar bertutup penuh memasuki bahagian bank yang menempatkan dua mesin ATM dan masing-masing satu mesin deposit tunai, deposit cek dan ATM/deposit tunai.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank itu kemudian menunjukkan penjenayah terbabit mengikat satu daripada mesin ATM dengan tali sebelum menarik mesin berkenaan menggunakan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.

"Mereka menarik mesin itu selama dua minit tetapi gagal apabila tali yang diikat pada mesin ATM tersebut putus dan menyebabkan cermin pintu serta tingkap bank pecah," katanya di sini.

Katanya tiga lelaki itu bersama pemandu kenderaan berkenaan kemudian melarikan diri selepas usaha mereka gagal.

Raja Shahrom berkata sebuah van berwarna putih turut didapati berlegar-legar di kawasan berkenaan dipercayai digunakan rakan subahat penjenayah bagi memantau persekitaran.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut agar menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan