Jenazah Pelajar Nahas Di Jordan Tiba Di Bayan Lepas

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jenazah Sumaiyah Romli, pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan di Jordan Jumaat lepas, tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pukul 10.35 malam Isnin.

Sepasukan anggota polis mengiringi jenazah ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah pada 10.55 malam.

Bapanya, Romli Hasan, 53, berkata jenazah Sumaiyah, 21, yang disempurnakan di Jordan, akan disembahyangkan sekali lagi sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Al-Bukhary malam Isnin juga.

"Kita telah jalankan persediaan untuk arwah dan kami harap semuanya berjalan lancar," katanya kepada pemberita.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan kompleks kargo dengan kehadiran lebih 40 anggota keluarga Allayarham yang menanti ketibaan jenazah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.15 malam.

Romli berkata jenazah Sumaiyah, pelajar tahun satu bidang astronomi fizik University College London (UCL) dibawa pulang ke tanah air dengan pesawat Royal Jordanian dan tiba di KLIA pada 7.25 petang.

Sumaiyah maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bersama empat pelajar Malaysia lain terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung antara Petra dan Aqabah, kira-kira 320 kilometer dari Aman, Jordan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan