Sukarelawan St John Ambulans Maut Digilis Bas

Diterbitkan: Ahad, 23 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang sukarelawan St John Ambulans maut digilis sebuah bas selepas motosikalnya terbabas di Jalan Tunku Ibrahim di sini kira-kira pukul 10 pagi Sabtu.

Andy Lo, 19, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala akibat digilis bas yang dalam perjalanan ke Shahab Perdana.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata mangsa, yang dipercayai dalam perjalanan dari pejabat St John Ambulans Alor Setar ke Jalan Putra untuk melakukan tugasan, dikatakan hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum tercampak di lorong kanan.

"Sebuah bas persiaran yang sedang membawa 10 penumpang dari Seremban, Negeri Sembilan ke Shahab Perdana tidak sempat mengelak dan terus menggilis mangsa yang terbaring di atas jalan," katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan