Dua Pelajar Perempuan Maut Dalam Kemalangan di Putatan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTATAN: Dua pelajar perempuan maut apabila motosikal mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Ketiau, Tembovo berhampiran Kampung Tansau, dekat sini Sabtu.

Motosikal yang ditunggang Normaziatul Noriah Datu Kadir dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Avanza yang datang dari arah kampung Ketiau.

Kemalangan pada pukul 10 pagi itu menyebabkan Normaziatul Noriah dan Juan Jun Gabriel yang membonceng motosikal itu mati di tempat kejadian.

Kedua-dua mereka ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Putatan.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Ratan Singh Kumar yang mengesahkan kejadian berkata pemandu kereta berkenaan tidak cedera. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan