Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas 1,500 Pil Eramin

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Polis Johor berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dadah berikutan penahanan tiga lelaki dan merampas 1,500 pil Eramin 5 bernilai RM25,000 di Jalan Setia, Taman Mas, di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata ketiga-tiga suspek berumur antara 30 dan 39 tahun itu ditahan ketika menaiki kereta jenis Nissan Frontier, pada kira-kira 7.30 malam.

"Polis memeriksa kenderaan terbabit dan menemui 1,500 pil tersebut di dalam satu beg kertas yang diletakkan di atas alas kaki bahagian pemandu," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Zulkefly berkata pil tersebut dipercayai untuk edaran pasaran tempatan dan dijual pada harga RM15 sebiji.

Beliau berkata kesemua suspek mendakwa bekerja secara sambilan dalam bidang pembinaan dengan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

Kesemua mereka kini ditahan reman sehingga Rabu depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan