Polis Marin Gagalkan Cubaan 15 Warga Asing Masuki Sabah Secara Haram

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menggagalkan cubaan 15 warga asing, 11 daripadanya wanita, daripada memasuki negara ini secara haram awal pagi Khamis.

Pemangku Komander PPM Wilayah Sabah DSP Husaini Zainal Abidin berkata kesemua warga asing yang menaiki 'pump boat' itu ditahan di kawasan perairan Labuan Haji, kira-kira 12.30 pagi selepas bot mereka diperiksa anggota PPM.

"Semasa bot ronda PSC 9, dengan lima anggota menjalankan operasi di kawasan perairan Labuan Haji, mereka terserempak dengan sebuah 'pump boat' dalam perjalanan masuk ke Semporna.

"Hasil pemeriksaan mendapati 11 wanita berumur 20 hingga 33 tahun bersama empat lelaki,termasuk dua juragan berumur antara 23 dan 38 tahun, tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Siasatan awal mendapati kesemua tahanan berasal dari negara jiran dan mereka kini ditahan di Balai Polis Semporna untuk siasatan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan