Kedai Emas Di Karak Kerugian RM400,000 Dirompak Enam Suspek Bersenjata Parang

Diterbitkan: Khamis, 20 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Sebuah kedai emas di Jalan Besar, Karak di sini pada Khamis kerugian RM400,000 selepas dirompak enam suspek bertopeng dan bersenjata parang.

Dalam kejadian 8.55 pagi itu, kesemua suspek terbabit menyerbu premis berkenaan ketika pemiliknya baru sahaja membuka kedainya.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kejadian itu berlaku semasa pemiliknya, seorang lelaki berumur 30an, membuka kedainya seperti biasa apabila tiba-tiba enam suspek terbabit meluru masuk ke premis berkenaan.

Suspek bertindak mengacukan parang ke arah mangsa sebelum melarikan 13 buah dulang barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM400,000, katanya kepada di sini, Khamis.

Kesemua suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta yang diletakkan di hadapan premis itu, katanya.

Polis sedang memburu kesemua suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan