Tindakan Keras Terhadap 'Agensi Renjer'

Diterbitkan: Rabu, 19 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar yang tersebar di Internet menunjukkan ahli kumpulan itu berpakaian seragam menyerupai pasukan polis yang turut dilengkapi lencana pangkat.
Gambar yang tersebar di Internet menunjukkan ahli kumpulan itu berpakaian seragam menyerupai pasukan polis yang turut dilengkapi lencana pangkat.

PETALING JAYA: Polis akan melancarkan tindakan keras di seluruh negara terhadap sekumpulan individu beruniform yang menyamar sebagai agensi penguat kuasa undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan yang dikenali sebagai Agensi Ranjer Khas Malaysia (MSRA) itu akan diburu dan diharamkan kerana menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kumpulan yang menyamar sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang yang menjadikan orang awam sebagai mangsa," kata Dr Ahmad Zahid kepada The Star.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak mengikuti mana-mana arahan yang dikeluarkan ahli kumpulan terbabit.

Sebelum ini tersebar gambar di Internet menunjukkan ahli kumpulan itu berpakaian seragam menyerupai pasukan polis yang turut dilengkapi lencana pangkat.

Perkara berkenaan mendapat perhatian orang ramai yang mempersoalkan sama ada kewujudan kumpulan itu sah mengikut undang-undang terutamanya bagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan.

Kewujudan MSRA pertama kali dikesan bulan lalu selepas seorang doktor perubatan ditahan di Ipoh kerana menyamar sebagai seorang anggota polis dan mendakwa bahawa beliau adalah salah seorang ahli kumpulan itu.

The Star Online pada 6 Jun melaporkan bahawa menurut maklumat yang terdapat dalam laman Facebook MSRA cawangan Johor, kumpulan itu mendakwa mereka ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 258/1952.

Walau bagaimanapun, pemeriksaan mendedahkan bahawa Akta 258 atau Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 (Disemak 1981) memperuntukkan penubuhan pemegang amanah dan bukan pembentukan kumpulan sukarelawan beruniform.

Gambar dari laman Facebook kumpulan itu menunjukkan beberapa orang memakai pakaian seragam yang sama dengan pakaian biru gelap polis.

Gambar lain menunjukkan kumpulan yang menjalankan sesi latihan mempertahankan diri.

Satu lagi posting pada Ogos tahun lepas menyatakan bahawa kumpulan itu ditubuhkan "secara sukarela" yang membantu agensi-agensi kerajaan mengenai pencegahan jenayah, memadam kebakaran, bantuan perubatan dan keselamatan jalan raya.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis telah menyiapkan siasatan terhadap kumpulan itu di negeri ini.

"Kami telah mengemukakan kertas siasatan kami ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang akan memutuskan tindakan selanjutnya,"kata DCP Mokhtar.

Adalah difahamkan bahawa polis Johor menyiasat kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan