Kereta Curi Ditemui, Polis Tahan Seorang Lelaki Di George Town

Diterbitkan: Rabu, 19 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis berjaya menemui semula sebuah Toyota Estima yang dilapor hilang di Hotel Bayview, Batu Ferringhi pada 6 Jun lepas setelah menahan seorang lelaki, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata hasil risikan, sepasukan anggota dari Balai Polis Datok Keramat menahan suspek berusia 33 tahun itu ketika dia memandu kereta berkenaan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Rawana di sini kira-kira pukul 8.30 pagi.

"Suspek juga telah menukar nombor plat kereta itu, bagaimanapun siasatan awal mendapati nombor casis kereta yang dilapor hilang sepadan dengan kereta yang dipandu lelaki itu," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata, kereta berkenaan milik seorang lelaki dari Kuala Lumpur yang datang bercuti di sini dan telah menginap di hotel berkenaan selama tiga hari.

"Kehilangan kereta berwarna perak itu disedari pada pukul 12.30 tengah hari dan berdasarkan keterangan pemiliknya kereta itu ditinggalkan dalam keadaan berkunci," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Gan berkata, polis turut menemui dua paket lutsinar serbuk hablur disyaki dadah, empat gugusan kunci kenderaan lain dan alat pemintas penggera di dalam kereta itu.

Beliau berkata, lelaki terbabit mempunyai empat rekod lampau melibatkan kesalahan curi kenderaan dan dadah serta suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan curi kenderaan sejak enam bulan lepas.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379(A)(1) Kanun Keseksaan kerana mencuri kereta dan sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan