Culik Warga Bangladesh: Polis Tahan Empat Suspek Termasuk Wanita

Diterbitkan: Rabu, 19 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALNG JAYA: Polis menyelamatkan seorang lelaki warga Bangladesh yang menjadi mangsa culik selepas tertangkapnya empat suspek termasuk seorang wanita tempatan dalam kejadian Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kesemua suspek termasuk dua lelaki warga Bangladesh, berumur 34 hingga 41 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bandar Bukit Puchong yang dijadikan lokasi bagi mengurung mangsa.

Katanya kumpulan itu didakwa meminta wang tebusan sebanyak RM150,000 daripada isteri mangsa yang berada di Bangladesh bagi membebaskan suaminya.

"Pada 12 Jun lepas, isteri mangsa menghubungi rakan suaminya yang berada di negara ini memaklumkan suaminya diculik sejurus tiba di lapangan terbang negara ini sehari sebelum itu," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Yahaya berkata polis yang menjalankan siasatan pada hari yang sama berjaya menahan keempat-empat mereka dan sedang menjejaki tiga lagi rakan sejenayah mereka.

"Kita menerima maklumat awal daripada pengadu dan disebabkan itu kita dapat bertindak dengan lebih cepat untuk menyelamatkan mangsa," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, empat warga Nigeria termasuk seorang wanita dicekup selepas terlibat dalam kegiatan penipuan kiriman bungkusan di sebuah kondominium di Seksyen 19, di sini 7 Jun lepas.

Yahaya berkata selain tangkapan ke atas suspek berumur antara 21 dan 38 tahun itu, polis turut merampas barangan yang digunakan antaranya telefon bimbit, komputer riba, dokumen palsu kerajaan dan wang tunai asing, dalam serbuan 8.30 pagi itu.

"Tangkapan ini susulan satu kes terbaru yang berlaku ke atas seorang wanita tempatan selepas mendakwa ditipu empat warga Nigeria terbabit. Wanita tersebut mengenali seorang lelaki kononnya warga Amerika Syarikat melalui sebuah laman web," katanya.

Yahaya berkata 'lelaki' itu kemudian meminta mangsa memasukkan wang tunai RM5,200 ke dalam akaun bank tempatan bagi melepaskan beberapa barangan, termasuk komputer riba dan wang tunai US$6.3 juta yang ingin diberinya kepada wanita itu, daripada pihak kastam.

Beliau berkata mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menyedari ditipu lelaki terbabit, katanya sambil menambah keempat-empat suspek yang menggunakan pas pelajar, direman sehingga 27 Jun depan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan