Remaja Dakwa Diculik Di Kampung Tanagian Masih Disiasat Polis

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Remaja perempuan di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian kira-kira 150 kilometer dari sini, yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki, masih disoal siasat polis, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsudin Mat.

Katanya remaja berumur 14 tahun berkenaan sudah dipanggil ke Balai Polis Cenderawasih, Felda Sahabat, untuk diambil keterangan.

"Soal siasat belum selesai. Kita menyiasat kes ini dari pelbagai sudut. Buat masa ini kita belum boleh membuat apa-apa rumusan. Bagaimanapun, polis tidak mengambil ringan laporan berhubung kes ini," katanya ketika dihubungi di sini Selasa.

Pada Isnin, remaja berkenaan mendakwa diculik sekumpulan lelaki ketika sedang duduk di tangga rumahnya sebelum diikat dan dibawa ke dalam kebun kelapa sawit.

Anggota keselamatan yang menemuinya kemudian membuka ikatan tangan remaja terbabit.

Sementara itu, tinjauan di kediaman mangsa yang dikelilingi pokok kelapa sawit mendapati anggota polis masih sibuk menjalankan siasatan di sekitar rumah dan kampung berkenaan.

Penduduk kampung, termasuk jiran mangsa, kelihatan meneruskan aktiviti harian seperti menjalankan perniagaan runcit secara kecil-kecilan di bawah rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanagian Omar Ollang berkata semua penduduk kampung berkenaan sudah kembali ke rumah masing-masing sejak petang Isnin.

Katanya anggota keselamatan yang membuat penggeledahan di sekitar kawasan yang dikatakan lokasi penculikan itu berlaku mengarahkan penduduk kampung kembali ke rumah masing-masing kira-kira jam 4 petang Isnin selepas mereka tidak menemui apa-apa tanda ancaman. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan