Polis Cari Suspek Kes Bunuh

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian bunuh di Jalan 1/77B, Off Jalan Imbi pada pagi Ahad lepas agar tampil memberi maklumat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata pihaknya juga sedang mencari suspek kes bunuh itu yang dipercayai berusia lingkungan 50-an, tinggi lebih kurang 5 kaki 5 inci, berbadan kurus, berambut pendek dan pada masa kejadian memakai kemeja-T berwarna krim dan berseluar panjang gelap.

Polis juga sedang mencari seorang lelaki Cina seperti tertera dalam gambar, dipercayai dapat membantu polis menjalankan siasatan, katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat ASP Kamarul Rizal di talian 016-3660454 atau talian pejabat 03-26002222.

Pada Ahad lepas, seorang lelaki Cina berusia 54 tahun maut setelah ditikam dengan objek tajam di rusuk sebelah kiri dalam kejadian di Jalan 1/77B, Off Jalan Imbi pada 10.50 pagi.

Menurut saksi, sebelum kejadian mangsa bergaduh dengan seorang lelaki dan suspek itu memegang senjata yang dibalut dengan kertas surat khabar sebelum beredar.

Mangsa kemudiannya masuk ke dalam kereta sebelum dijumpai mati, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan