Pemuda Ditetak Selepas Bawa Teman Wanita Bersiar-Siar

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang pemuda berusia 19 tahun cedera selepas ditetak pada kaki kiri oleh sekumpulan lelaki ketika menghantar teman wanitanya pulang ke asrama di sebuah sekolah di Alor Lintang di sini malam Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata dalam kejadian 8.30 malam itu, pemuda terbabit yang menaiki motosikal diserang empat lelaki bersenjatakan parang dan pedang.

Mangsa yang tinggal di Kampung Keluang sebelum itu membawa teman wanitanya bersiar-siar menaiki motosikal sebelum menghantar gadis berkenaan pulang ke asrama, bagaimanapun sebaik tiba di pekarangan sekolah mangsa dihampiri sebuah kereta dinaiki empat lelaki.

"Tiga lelaki keluar daripada kereta berkenaan dan menyerang mangsa dengan menggunakan parang dan pedang dengan menetak di bahagian kaki kiri mangsa di hadapan temannya," kata Noor Zainy kepada pemberita di sini Isnin.

Menurutnya suspek juga cuba mengheret mangsa masuk ke dalam kereta namun kehadiran orang ramai membantutkan perbuatan suspek.

Mangsa kemudian digegaskan ke Hospital Besut oleh orang awam manakala suspek melarikan diri, katanya.

Menurut Noor Zainy, siasatan awal polis mendapati seorang daripada suspek merupakan bapa saudara kepada teman wanita mangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan