Hotel Disamun Enam Lelaki Bersenjatakan Parang

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sebuah hotel bajet di Jalan Bukit Ubi di sini kerugian RM1,400 selepas disamun enam lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang awal pagi Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad berkata ketika kejadian 7.11 pagi itu, seorang pekerja hotel berusia 30 tahun sedang bertugas di kaunter hotel berkenaan.

"Keenam-enam suspek yang memakai topeng meluru masuk sebelum dua daripada mereka bertindak mengacukan parang ke arah pekerja lelaki itu.

"Seorang lagi suspek bertindak mencabut wayar kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan sebelum merampas wang tunai RM1,400 di laci kaunter," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau kesemua lelaki itu kemudian melarikan diri dipercayai dengan sebuah kereta. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan