Tiga Beradik Lemas Ketika Mandi Di Sungai Golok

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Seorang ibu kehilangan tiga anaknya selepas mereka ditemui mati lemas ketika sedang mandi-manda di Sungai Golok di Kampung Rahmat Hilir, Rantau Panjang di sini Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa Muhammad Zulhilmi Aziz, 7, Muhammad Syahmi, 6, dan Muhammad Irfan Syahmi, 4, dihanyut arus ketika mandi di sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah ibu saudara mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Nasuha Fahd Ahmad Mijar berkata seramai lapan anggota dikejar ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada penduduk kampung, dan mangsa pertama, Muhammad Syahmi ditemui pada 5.20 petang.

"Mangsa kedua, Muhammad Irfan Syahmi ditemui pada 5.30 petang dan mangsa ketiga, Muhammad Zulhilmi pada 5.50 petang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mayat tiga beradik itu kemudian dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk bedah siasat dan dijangka dikebumi pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Abdul Manaf Abdul Rahman, 39, berkata ketika kejadian, beliau berada di kedai berdekatan sebelum anak saudaranya yang lain memaklumkan bahawa ketiga-tiga mangsa hilang ketika mandi sungai.

"Saya bersama seorang rakan bergegas ke sungai dan menemui tiga pasang selipar milik ketiga-tiga mangsa. Saya kemudian buat keputusan untuk menyelam bagi mencari ketiga-tiga beradik itu.

"Selepas sejam menyelam, saya menemui mangsa pertama di sebuah lubuk di sungai berkenaan dengan kedalaman kira-kira tiga meter, sebelum menemui dua mangsa lain berdekatan kawasan itu," katanya.

Abdul Manaf berkata semua mangsa ditinggalkan bersama seorang daripada adik-beradiknya kerana ibu mereka, Nur Asyikin Abdul Rahman, 41, sedang mengikuti bengkel di Tadika Kemas Cempaka Sari, Gual Sintok di sini.

Ibu mangsa bagaimanapun enggan ditemu bual kerana masih terkejut dan bersedih dengan kejadian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan