Perompak Gagal Pecah Mesin ATM Agro Bank Di Jeram

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis pada Isnin mengesahkan terdapat cubaan untuk memecah sebuah mesin ATM di cawangan Agro Bank di Taman Sungai Yu pekan Sungai Buloh, Jeram, Kuala Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi berkata kejadian dipercayai berlaku selepas pukul 1.30 pagi kerana semasa rondaan dibuat oleh anggotanya pada waktu itu (1.30 pagi) tiada tanda pecah masuk di cawangan bank itu.

Bagaimanapun, beliau berkata polis mendapat maklumat mengenai kejadian itu hasil daripada maklumat seorang pelanggan bank yang ingin mengeluarkan wangnya dari mesin ATM bank itu pada pukul 7.48 pagi Isnin.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pintu luar mesin itu diumpil dan terdapat dua lubang kesan kena bakar dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene pada lapisan pintu besi mesin ATM itu manakala kamera litar tertutup (CCTV) di mesin itu ditutup dengan pita pelekat hitam.

"Kandungan wang di dalam mesin itu tidak hilang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan