Mayat Murid Hilang Sejak Jumaat Ditemui Di Kawasan Laut - Berita Jenayah | mStar

Mayat Murid Hilang Sejak Jumaat Ditemui Di Kawasan Laut

Diterbitkan: Ahad, 16 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Mayat seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas ditemui di kawasan laut berhampiran Datai di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harith Kam Abdullah berkata mayat Ikhwan Mahathir, dari Kampung Padang Lalang, Air Hangat di sini, ditemui terapung oleh nelayan kira-kira 9.25 pagi.

"Mayatnya dibawa ke Hospital Daerah Langkawi untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya," katanya ketika dihubungi, Ahad.

Dalam kejadian Jumaat lepas, Ikhwan, murid Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad, Air Hangat, dipercayai terjatuh ketika hendak menyeberang di Kuala Sungai Tok Puteri lalu dibawa arus deras.

Gerakan mencari murid itu disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, nelayan dan pengusaha pelancongan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan