Hina Agong: Wanita Hadir Di IPD Dang Wangi

Diterbitkan: Ahad, 16 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Sabtu untuk memberi keterangan.

Wanita itu tiba di IPD tersebut pada pukul 1.15 tengah hari ditemani peguamnya.

Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook yang menggunakan nama "Melissa Gooi" didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim.

Susulan itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan membuat laporan polis supaya tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun fb itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan