Polis Rampas 1kg Dadah, Tahan Seorang Lelaki Di Muar

Diterbitkan: Sabtu, 15 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Polis memberkas seorang lelaki dan merampas satu kilogram dadah dipercayai jenis syabu bernilai RM250,000 dalam satu operasi di Pangkalan Nelayan Parit Jawa, di sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam operasi 12.15 pagi itu polis turut merampas wang tunai RM5,000 daripada lelaki tempatan berusia 56 tahun berkenaan.

Polis sedang menyiasat dari mana suspek memperoleh bekalan dadah dan untuk di pasarkan di mana, katanya menambah bekalan dadah itu dapat menampung 5,000 penagih.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas ketua polis daerah Muar di antara pemangku Ketua Polis daerah Supt Sahadan Jaafar dan Ketua Polis Daerah Muar yang baharu ACP Azman Ayub.

Menurut Mohd Mokhtar, operasi itu hasil risikan awam dan lelaki tersebut ditahan ketika berada di dalam kereta di Pantai Leka di pangkalan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan