Penyelia Ladang Dijumpai Mati Dipercayai Dibunuh

Diterbitkan: Sabtu, 15 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Seorang penyelia ladang berusia 27 tahun ditemui mati dengan kesan tikaman dan kecederaan di bahagian kepala di Felda Sahabat, dekat sini pada Sabtu.

Mayat lelaki, yang bekerja di Felda Sahabat sejak 11 bulan lalu itu, dijumpai terbaring di atas jalan di kawasan itu kira-kira 5.15 pagi oleh orang awam yang lalu di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Bong Khiuet Khiun berkata polis telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun kira-kira 1 tengah hari Sabtu di kawasan Felda Sahabat 7 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai kesan darah pada bahagian tayar dan bawah kenderaan namun pihaknya belum menemui senjata yang digunakan dalam kejadian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan