Pelajar Tingkatan Lima Maut Kemalangan Di Kuantan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan lima maut apabila motosikal yang diboncengnya berlanggar dengan sebuah motosikal lain yang cuba mengelak sekatan jalan raya di Jalan Teluk Sisek di sini, Rabu.

Syafiq Iqmal Alias, 17, yang menetap di Lorong Seri Kuantan 19, di sini, mati ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa dan rakannya yang berusia 20 tahun dalam perjalanan dari arah Jalan Teluk Sisek menghala ke Jalan Besar, Kuantan.

"Motosikal yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ yang datang dari arah bertentangan. Motosikal dinaiki dua lelaki berusia 20-an itu yang secara tiba-tiba memanjat pembahagi jalan menyeberangi masuk ke laluan mereka.

"Tindakan berbahaya dua lelaki itu dipercayai akibat panik apabila melihat sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi itu," katanya.

Beliau berkata rakan mangsa dan dua lagi lelaki terbabit cedera dan kini dirawat di HTAA. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan