Polis Tahan Tiga Lelaki Terlibat Kes Samun Restoran Di Subang

Diterbitkan: Khamis, 13 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga lelaki yang baru menyamun kira-kira 20 pelanggan dan pemilik sebuah restoran steambot di Kampung Melayu Subang dekat sini pada Selasa lepas, tidak sempat menikmati hasil samun mereka apabila ditahan polis kira-kira sejam kemudian.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, seramai enam lelaki bersenjatakan parang dan rotan yang menaiki dua buah kereta menyamun wang dan barangan pelanggan dan pemilik restoran berkenaan membabitkan kerugian bernilai RM6,350.

Bertindak atas maklumat, katanya sebuah MPV polis kemudian dapat mengesan dan berjaya menahan kereta Proton Persona dan Proton Wira dinaiki penjenayah terbabit di Sungei Way, Petaling Jaya dekat sini sejam kemudian.

"Polis berjaya menahan tiga suspek lelaki berumur 18 dan 16 tahun yang berada dalam kereta Wira manakala tiga suspek lagi yang berada dalam kereta Persona dapat melarikan diri.

"Pemeriksaan mendapati kereta Wira dan Persona itu dilaporkan hilang di Jinjang, Kuala Lumpur dan Sunway, Petaling Jaya. Turut ditemui barangan milik mangsa yang disamun di restoran steambot itu.

"Sebelum kejadian di restoran berkenaan, suspek dipercayai terlibat dalam kejadian samun di Petaling Jaya," katanya dalam sidang media di sini Khamis.

Thaiveegan berkata siasatan mendapati kumpulan lelaki terbabit terlibat dalam empat kes samun di restoran serta kedai mamak di sekitar daerah Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Cheras dalam tempoh empat bulan ini.

Beliau berkata dalang kumpulan samun itu dipercayai seorang daripada tiga suspek yang berjaya melarikan diri.

Ketiga-tiga suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau kini direman sehingga 16 Jun untuk siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan