Polis Perlis Temui Semula Kereta Dicuri 12 Tahun Lalu

Diterbitkan: Khamis, 13 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Kecekapan anggota polis yang bertugas di pos kawalan sempadan di Wang Kelian di sini berjaya menyelesaikan kes kecurian sebuah kereta yang dilapor hilang 12 tahun lalu di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad berkata anggota berkenaan mengesan kereta jenis Proton Waja itu ketika kenderaan terbabit memasuki negara ini pada pukul 1.15 petang.

Polis turut menahan sepasang suami isteri warga Thailand berusia 46 dan 41 tahun bagi membantu siasatan kes, katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Menurut Tengku Mohd Zailan, kereta itu dilapor hilang pada 21 Disember 2001, tiga bulan selepas dibeli oleh pemiliknya di Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati kereta itu dicuri dan dibawa ke Thailand sebelum dibeli pasangan suami isteri dari wilayah Pattani berkenaan untuk kegunaan keluarga.

Mereka juga mempunyai dokumen pemilikan kenderaan yang dikeluarkan negara Thailand dan tidak tahu kereta itu dicuri, katanya.

Menurutnya kes itu akan diserah kepada polis daerah Brickfields di ibu negara untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan