Polis P. Pinang Tahan 10 Anggota 'Geng Wan Kama'

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Polis menahan 10 lelaki termasuk empat remaja anggota 'Geng Wan Kama' dipercayai terbabit kes samun bersenjata di sekitar negeri ini dan Kulim, Kedah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata kesemua suspek berumur antara 17 dan 47 tahun itu ditahan di sekitar negeri ini dan polis juga merampas pelbagai barangan samun bernilai RM120,000 dalam beberapa serbuan sejak Mei lepas.

"Modus operandi kumpulan samun ini menggunakan pistol tiruan serta parang dan masuk ke dalam rumah atau pejabat perniagaan kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas serta barang berharga," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Katanya kumpulan itu aktif menyamun sejak awal tahun ini dan siasatan mendapati mereka melakukan lebih 10 kes samun. "Hasil penahanan anggota kumpulan itu, polis berjaya merampas pelbagai barangan samun antaranya barangan kemas, komputer riba dan telefon bimbit yang bernilai RM120,000," katanya. Mazlan berkata polis juga sedang mengesan dua beradik lelaki dipercayai ketua Geng Wan Kama iaitu Mohd Azly Elias, 30, dan Mohd Azizi, 29, dengan alamat terakhir di 4186, Mukim 3, Permatang Ara, Butterworth.

Sementara itu, dalam kes berasingan, beliau berkata polis mencari empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian sekumpulan lelaki membuat kecoh di sebuah medan selera di Jalan Relau, dekat sini malam Ahad lepas.

Mereka ialah Teh Hang Beng, 34, dari Taman Greenland, Han Chong Gee, 33, dari Mar Vista Resort, Ong Teik Beng, 24, dari Lintang Bayan 8, Bayan Lepas dan Toh Kae Luen, 22, dari Lebuh Relau 6.

Katanya dalam kejadian 11 malam itu, 20 lelaki bersenjata parang dan kapak telah datang ke medan selera itu dan bertindak memecahkan 16 cermin gerai.

"Akibat kejadian itu, dua pelanggan berusia 26 dan 56 tahun cedera selepas terkena kapak dan serpihan cermin kaca. Setakat ini polis belum membuat tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai empat individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Boby Tamat di talian 013-5551088 atau 04-8662222 atau balai polis berdekatan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan