Pelacur Warga Asing Mula Bersarang di Dungun - Imigresen Terengganu

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Jabatan Imigresen Negeri Terengganu berjaya membongkar kegiatan tidak bermoral membabitkan enam wanita warga asing di sebuah premis yang beroperasi sebagai kelab malam di bandar Paka, awal pagi Selasa.

Pengarahnya Azhar Abdul Hamid berkata menerusi operasi yang bermula 12.30 tengah malam sehingga pukul 3 pagi tadi, pihaknya menemui wanita terbabit bersembunyi di sebuah rumah kongsi yang bersebelahan premis berkenaan.

"Ketika ditemui, wanita warga Thailand yang berusia antara 18 dan 30 tahun itu yang lengkap berpakaian dan berdandan rapi, berpura-pura tidur," katanya kepada Bernama, di sini.

Menurutnya, pihak imigresen pada awalnya terpaksa memecah masuk ke premis yang dijadikan kelab malam itu kerana pemilik enggan bekerjasama.

"Siasatan awal mendapati premis ini beroperasi sejak awal tahun ini. Pelanggan yang datang memilih wanita yang dikehendaki sama ada untuk menemani mereka minum minuman keras atau menjadi teman tidur," katanya. Beliau berkata pihaknya juga masih menyiasat sama ada premis itu beroperasi secara sah atau tidak.

Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Imigresen 1959/1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di Malaysia, selain mengikut Peraturan 39B kerana melanggar syarat pas lawatan sosial.

Selain itu pihaknya turut menahan seorang wanita China berusia 30-an dalam serbuan di sebuah pusat kecantikan di Batu Lima pada pukul 11 malam, selepas wanita itu gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan