Pasar Raya Borong Dipecah Masuk, Kerugian RM100,000

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sebuah pasar raya borong di Jalan Tun Ismail di sini kerugian hampir RM100,000 apabila dipecah masuk pagi Selasa.

Kejadian itu disedari seorang pekerja pasar raya itu yang dikenali sebagai Ravi, 38, ketika ingin membuka pasar raya berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi ini dan mendapati mangga yang dipasang dipecahkan dan pintu bahagian tepi bangunan terbuka.

"Saya segera membuat pemeriksaan ke bahagian dalam bangunan di tingkat bawah dan mendapati pintu pejabat juga dipecahkan termasuk peti simpanan wang turut ditebuk," kata Ravi ketika ditemui di sini Selasa.

Beliau berkata kesemua wang tunai dalam peti besi berkenaan lesap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.46 pagi.

Beliau berkata kejadian dipercayai dilakukan lebih daripada seorang suspek yang bertindak memecahkan pintu belakang premis berkenaan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan