10,000 DVD Cetak Rompak Dirampas di Cheras

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis merampas kira-kira 10,000 keping DVD cetak rompak dan peralatan memproses video cetak rompak bernilai RM100,000, yang terbesar tahun ini, selepas menyerbu sebuah rumah di Bandar Damai Perdana, Cheras di sini Selasa.

Dalam serbuan pada pukul 2.45 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai pekerja untuk sindiket memproses DVD cetak rompak itu.

"Peralatan yang dirampas dalam serbuan itu ialah 15 unit pemprosesan komputer (CPU) yang mengandungi 165 unit pembakar CD (burner), sebuah televisyen, sebuah pemain DVD serta lima bungkus 'master tape original'," kata Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Bercakap kepada pemberita di lokasi serbuan itu di sini, beliau berkata siasatan awal polis mendapati sindiket itu menyewa rumah teres dua tingkat berkenaan untuk dijadikan tempat memproses dan mencetak pelbagai tajuk DVD cetak rompak.

"Dalam tempoh lima jam sebanyak 3,000 keping DVD bernilai kira-kira RM24,000 hingga RM30,000 dapat dihasilkan setiap hari menggunakan 15 unit CPU yang setiap satunya mempunyai 11 unit burner," katanya.

Beliau berkata polis percaya sindiket itu telah beroperasi selama dua tahun dan melindungi kegiatan mereka daripada dihidu dengan memasang penyaring udara di bilik pemprosesan bagi memastikan bau yang terhasil ketika proses itu dapat dilupuskan.

Mohd Rodwan berkata DVD cetak rompak itu akan dihantar kepada penjual tetap di sekitar Lembah Klang, Melaka, Johor Baharu, Perak, Sabah dan Sarawak yang telah membuat tempahan.

"Mereka bukan proses dan jual ke pasar malam sebaliknya mereka proses untuk bekalan penjual manakala penjual itu sendiri yang akan menjual DVD berkenaan ke pasar-pasar malam dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata polis percaya terdapat dua pekerja di premis berkenaan dan polis kini mengesan seorang lagi suspek. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan