Polis Gagalkan Cubaan Larikan Kereta Wanita, Dua Lelaki Diberkas

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki melarikan kereta seorang wanita selepas menyamun wanita dan adiknya itu di persimpangan lampu isyarat Taman Cheras Indah di sini Sabtu lepas apabila kedua-duanya berjaya diberkas beberapa jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.15 pagi ketika kereta yang dipandu mangsa berumur 39 tahun bersama adiknya 33 tahun dari arah Taman Shamelin Perkasa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

Katanya, lelaki berusia 17 dan 20 tahun itu secara tiba-tiba datang dan membuka pintu kereta sebelum merampas beg tangan milik mangsa.

"Salah seorang daripada lelaki tersebut telah menumbuk perut mangsa sebelum menariknya keluar dan terus melarikan kereta dan juga adik mangsa," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita, Isnin.

Beliau berkata, mangsa terus meminta bantuan orang awam untuk menghubungi polis dan kereta peronda polis berjaya mengesan dan mengekori kereta itu.

Kedua-dua suspek ditahan selepas kereta peronda polis berjaya memintas dan menghalang kereta itu di Jalan Perdana 5/1, Pandan Perdana, di sini, katanya.

"Adik mangsa telah ditemui di dalam kereta berkenaan dalam keadaan selamat dan beliau turut membuat laporan polis kerana mendakwa telah dicabul serta cuba dirogol oleh dua suspek berkenaan," katanya.

Katanya kedua-dua suspek kini direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan. - BERNAMA MAF JM RHM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan