Lelaki Cuba Rompak Kedai Emas Ditembak Mati

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang lelaki bersenjatakan pisau mati ditembak polis dalam cubaan merompak bersama seorang lagi rakannya di sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, Ahad.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam kejadian 11.15 pagi itu, suspek berumur 32 tahun yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di paha kiri.

"Cubaan merompak oleh dua suspek lelaki bersenjatakan pisau dan pistol itu disedari tiga anggota polis yang meronda di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata rentetan itu, seorang daripada anggota polis tersebut memperkenalkan diri sebelum suspek yang bersenjatakan pisau bertindak melarikan diri ke belakang bangunan kedai berkenaan.

Menurutnya, polis melepaskan tembakan amaran ke udara supaya suspek berhenti, namun suspek bertindak menyerang anggota polis sebelum ditembak di bahagian kaki.

"Selepas ditembak, suspek berusaha melarikan diri kira-kira 15 meter dari tempat tembakan dilepaskan sebelum rebah. Dua anggota lain (polis) kemudian sampai dan membantu mengikat paha suspek dengan kain untuk memberhentikan pendarahan, " katanya.

Jalaluddin berkata, pihak ambulans yang tiba di tempat kejadian mengesahkan suspek meninggal dunia akibat pendarahan.

"Seorang lagi suspek yang bersenjatakan pistol berjaya melarikan diri dan polis kini menjalankan operasi mengesan penjenayah itu," katanya menambah polis akan mendapatkan gambar suspek melalui rakaman kamera litar tertutup. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan