Bot Terkandas, TLDM Selamatkan Tujuh Lelaki

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menyelamatkan tujuh lelaki selepas bot mereka naiki mengalami kerosakan di perairan berhampiran Sungai Kinabatangan pada Sabtu.

Pegawai Memerintah Kapal KD Sri Tiga, Left Komander Mohd Edie Mohd Khalil berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, bot tersebut dalam perjalanan ke Lahad Datu dari Sandakan.

Katanya, tiba di tempat kejadian, enjin utama bot tersebut mengalami kerosakan lalu gagal berfungsi menyebabkan bot itu terkandas di situ.

"Selepas menerima panggilan kecemasan daripada mereka, dalam masa lebih kurang dua jam, anggota TLDM kapal KD Sri Tiga telah sampai di tempat kejadian dan memberi bantuan menyelamat tujuh lelaki termasuk juragan," katanya di sini Ahad.

Menurutnya kesemua lelaki berkenaan adalah warganegara Malaysia dan mereka dalam keadaan baik.

Mohd Edie berkata, bot berkenaan ditunda ke pangkalan TLDM KD Sri Sandakan.

Salah seorang mangsa, Abdul Suhaidi Abdul Wahab, 47, berkata mereka mengalami keadaan cemas selepas enjin bot tidak dapat berfungsi semula, ditambah dengan cuaca buruk dan keadaan air laut yang berombak.

"Kami segera menghubungi TLDM untuk mendapatkan bantuan dan bersyukur mereka dapat dihubungi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan