Terima Ugutan Bunuh: Bekas Naib Presiden DAP Tunku Aziz Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menunjukan laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu. Beliau berkata ugutan tersebut dibuat seorang lelaki yang tidak dikenali pada pukul 10.10 malam Jumaat. -Foto BERNAMA
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menunjukan laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu. Beliau berkata ugutan tersebut dibuat seorang lelaki yang tidak dikenali pada pukul 10.10 malam Jumaat. -Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah di sini pada Sabtu, atas dakwaan menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali.

Beliau berkata dia menerima panggilan melalui telefon bimbitnya daripada nombor talian 013 pada pukul 10.10 malam Jumaat ketika berada di rumahnya.

"Individu yang menelefon saya kedengaran seperti suara lelaki. Perbualan sangat ringkat. Saya tanya siapa dia, dan dia berkata 'Saya akan bunuh anda' dan talian segera dimatikan," katanya.

Walaupun tidak menuduh mana-mana pihak, Tunku Aziz berkata beliau yakin ugutan yang diterimanya bermotifkan politik ekoran kritikan yang dibuatnya terhadap DAP yang merupakan bekas partinya, lewat kebelakangan ini.

"Sudah tentu semua orang tahu saya telah membangkitkan isu mengenai 753 perwakilan sepatutnya diberikan peluang untuk hadir pada pemilihan parti DAP di Pulau Pinang pada Disember lalu.

"Mereka juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas saya sebelum ini namun yang ini adalah satu ugutan terbaru. Saya bimbang nyawa saya terancam dan keselamatan keluarga saya," kata Tunku Aziz.

Sementara itu, The Star turut menghubungi nombor telefon yang didakwa membuat ugutan terhadap Tunku Aziz, dan individu yang menjawab panggilan berkenaan adalah seorang wanita.

Selepas The Star memaklumkan mengenai sidang media berkenaan, wanita itu menjawab:

"Anda menipu.Anda menipu. Saya akan bunuh anda, " katanya sebelum memutuskan talian.

Tunku Aziz, yang juga bekas Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), menyertai DAP pada 2008 dan dilantik sebagai Naib Presiden parti itu pada 2009.

Beliau meninggalkan parti itu pada Mei 2012 ekoran 'perbezaan pendapat' dengan kepimpinan parti itu berhubung pendirian mereka dalam Perhimpunan Bersih 3.0.

Selepas keluar parti beliau menjadi seorang yang sangat terbuka dalam mengkritik kepimpinan DAP.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supritendan Fadil Marsus mengesahkan ibu pejabat polis itu menerima laporan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang membawa hukuman denda dan penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan