Tahanan Warga Jepun Gantung Diri Dalam Lokap

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Jepun yang ditahan kerana menceroboh sebuah universiti dekat sini, ditemui mati tergantung di dalam lokap di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya awal hari Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata Nobuhiro Matsushita, 33, ditemui tergantung pada palang besi pintu lokap menggunakan bajunya kira-kira pukul 4 pagi.

Beliau berkata laporan bedah siasat yang dikeluarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya mendapati suspek mati akibat gantung diri dan tiada sebarang kecederaan atau luka pada anggota badannya.

"Siasatan awal polis juga mengesahkan tiada unsur jenayah yang mengakibatkan kematiannya," katanya pada sidang media di sini Sabtu.

Beliau berkata pemeriksaan pengawal lokap sejam sebelum itu mendapati kesemua tahanan termasuk lelaki itu, berada dalam keadaan baik.

Thaiveegan berkata lelaki tersebut sebelum itu diletakkan di sel tahanan yang lain sebelum diasingkan kerana mengganggu tahanan yang lain.

Suspek pada 2 Jun lepas ditahan kerana membuat ugutan jenayah dengan mengacukan pisau kepada polis bantuan yang ingin menahannya kerana menceroboh sebuah stor di dalam universiti itu.

Bagaimanapun, katanya, lelaki itu berjaya ditahan dan polis menahan reman ke atasnya mengikut Seksyen 506 kerana ugutan jenayah dan 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah sehingga 17 Jun depan.

"Pemeriksaan ke atas pasport lelaki tersebut juga mendapati tiada rekod kemasukannya ke negara ini dan penahanannya juga bersabit kes Imigresen," katanya.

Thaiveegan berkata polis beberapa kali memanggil penterjemah dari wakil kedutaan untuk tujuan siasatan memandangkan suspek tidak boleh berbahasa Inggeris.

Beliau berkata polis telah menghubungi keluarga suspek untuk memaklumkan kejadian melalui kedutaan dan mungkin mereka mengambil masa untuk tiba ke negara sini.

"Kita sedang menunggu laporan penuh daripada pakar patologi dan bila dah terima, kita akan serahkan fail siasatan atau laporan mati mengejut ini ke Peguam Negara untuk arahan selanjutnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan