Suri Rumah Hamil Lima Bulan Nyaris Maut Diragut

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Seorang suri rumah yang hamil lima bulan nyaris maut selepas cuba diragut seorang lelaki berdekatan sebuah pasar raya dekat sini, Rabu.

Dalam kejadian pada 11.20 pagi itu, mangsa yang berasal dari Felda Pasoh, Negeri Sembilan mengalami pendarahan setelah terjatuh ke atas jalan raya apabila beg tangannya cuba diragut suspek yang datang dari arah belakang dengan sebuah motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh, suspek berumur 24 tahun itu yang gagal meragut beg tangan wanita itu cuba pula meragut rantai leher yang dipakai mangsa namun gagal.

"Suspek kemudian menolak mangsa hingga jatuh ke jalan raya tetapi kemudian bergelut dengan suami mangsa dan orang ramai yang datang untuk menolong mangsa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis daerah Temerloh di sini, Khamis.

Aziz berkata wanita itu yang mengalami kecederaan dibawa oleh suaminya ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk rawatan, manakala suspek yang turut cedera dalam pergelutan itu ditahan polis selepas mendapat rawatan di hospital yang sama.

"Mangsa dan kandungannya selamat manakala suspek kita akan tahan selama seminggu untuk siasatan lanjut. Suspek bakal dituduh di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan akibat menyebabkan kecederaan kepada mangsa ketika meragut," katanya.

Aziz berkata siasatan polis mendapati suspek dipercayai mempunyai rakan subahat, dan aktif melakukan jenayah ragut di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kita juga ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin membantu mangsa dan suaminya sehingga tertangkapnya peragut itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan