Seludup Rokok: Empat Rakyat Malaysia Antara Enam Ditahan Kastam Singapura

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kastam Singapura merampas 12,276 karton rokok seludup dengan nilai keseluruhan termasuk cukai lebih S$2.2 juta (RM4.5juta) serta menahan enam orang termasuk empat warga Malaysia.

Kastam Singapura dalam satu kenyataan di sini, Jumaat berkata rampasan itu adalah yang ketiga terbesar bagi mereka tahun ini.

Rampasan itu adalah hasil kerjasama Kastam Singapura dan pihak imigresen republik tersebut yang memeriksa dua kontena di Stesen Pengimbasan Tanjong Pagar pada 21 Mei lalu.

Pihak kastam yang memantau pergerakan kontena itu ke kawasan penyimpanan barang terbuka di Jalan Ahmad Ibrahim kemudian mendapati kontena terbabit mengandungi rokok seludup, bukan 'lateks' seperti yang diisytiharkan.

Kastam Singapura turut memberkas enam individu yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan itu. Kesemua mereka iaitu dua rakyat tempatan dan empat warga Malaysia kini menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah negara itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan