Polis Tahan Suspek Kes Bunuh Sepasang Suami Isteri

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan seorang suspek kes bunuh sepasang suami isteri dalam kejadian di Kampung Ayer Tawar dekat Seri Manjung pada Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak, A. Paramasivam berkata, suspek berusia dalam lingkungan umur 30-an ditahan di sekitar Manjung pada tengah malam Selasa.

"Dia ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada Rabu.

Dalam kejadian itu, si suami ditemui mati dipercayai dibunuh manakala isterinya meninggal dunia di Hospital Manjung.

Mayat K. Ashahkumar, 36, ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah berkenaan dengan kesan kecederaan di bahagian leher manakala isterinya V.Panumathy, 38, yang mengalami kecederaan sama ditemui terlantar di bahagian luar rumah. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan