Kes Salah Guna Pas Pelajar Asing Menurun - Polis

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bilangan kes penyalahgunaan pas pelajar asing di institusi pangajian tinggi swasta (IPTS) menurun secara drastik tahun lalu ekoran langkah pihak berkuasa memperketatkan syarat kemasukan pelajar.

Perangkaan Polis Bukit Aman menunjukkan penurunan tangkapan warga asing yang menyalahgunakan pas pelajar dan terbabit dalam aktiviti pelacuran iaitu daripada 76 orang pada 2011 kepada 37 tahun lalu.

Statistik itu juga menunjukkan tangkapan pelacur dalam kalangan penuntut dari China paling tinggi pada kedua-dua tahun iaitu 29 pada 2012 dan 73 pada tahun sebelumnya.

Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, ASP Shahrul Nizam Jaafar berkata baki adalah pelajar dari Uzbekistan dan Yaman.

Tahun lalu tujuh warga Uzbekistan dan seorang dari Yaman, manakala pada tahun sebelumnya tiga rakyat Uzbekistan, katanya kepada Bernama, dan menambah serbuan dilakukan antara tiga dan empat kali seminggu, mengikut aduan orang ramai.

Pada Februari tahun lalu, kerajaan menghentikan pemberian visa semasa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini, bagi membendung penyalahgunaan dokumen itu serta mengawal kemasukan warga asing secara mudah.

Visa pelajar hanya dikeluarkan kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS yang dikelolakan oleh kementerian.

Pelajar asing yang dikesan terbabit dengan kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah, kebanyakannya mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di IPT yang bukan di bawah kelolaan kementerian itu.

Selain itu, institusi-institusi pengajian tinggi turut mengamalkan proses pengambilan pelajar secara berhati-hati.

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Akademik dan Kemasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Badrul Shahri Basri berkata pihaknya mengamalkan proses temu bual secara bersemuka atau persidangan video bagi pelajar yang diragui sijil pendidikan mereka.

"Temu bual itu dilakukan oleh lima atau enam orang pakar dalam bidang yang dimohon pelajar," katanya.

Badrul berkata temu bual hanya dilakukan selepas dokumen peribadi mereka seperti pasport yang sah serta sijil pelajaran terkini yang diterima universiti, diragui kesahihannya.

Pegawai Bahagian Pengambilan Pelajar Allianze University College of Medical Sciences di Pulau Pinang, Amirullah Abd Hadi berkata kolej itu menggunakan prosedur yang ditetapkan kerajaan dalam urusan kemasukan pelajar asing.

"Jika ada keraguan pada kelayakan seseorang pelajar, kita akan berhubung dengan tempat pelajar pemohon.

"Selain itu kita juga boleh mengetahui seseorang itu benar-benar hendak belajar apabila tengok kesungguhan mereka seperti sentiasa membuat 'follow-up' dengan kita," katanya.

Beliau berkata setakat ini tiada laporan penyalahgunaan pas oleh pelajar asing di kolej berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan