Kedai Komputer Diserbu Kali Ketiga Pasang Perisian Cetak Rompak

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebuah kedai perniagaan komputer telah diserbu untuk kali ketiga kerana menjual komputer yang dipasang dengan perisian cetak rompak.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Abdul Rosik Yakub pada Khamis berkata, empat pegawai mendapati tiga buah komputer riba dan tiga komputer dipasang dengan 12 salinan perisian cetak rompak daripada operasi yang dijalankan pada Rabu, kira-kira pukul 1.30 petang.

Beliau berkata nilai rampasan dianggarkan bernilai kira-kira RM33,000.

"Kedai ini telah diserbu sebanyak dua kali pada tahun 2011.

"Operasi ini adalah hasil aduan daripada pemilik hak cipta perisian," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabat kementerian di Downing Street di sini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan