Restoran Sediakan Bilik Khas Berjudi Diserbu

Diterbitkan: Selasa, 4 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Rahsia sebuah restoran yang sentiasa dipenuhi orang ramai terbongkar, bukan disebabkan juadah masakannya enak tetapi menyediakan bilik khas untuk pelanggan untuk berjudi.

Dalam serbuan 9.30 malam tadi di restoran berkenaan di Paloh Hinai, dekat sini, seramai 23 lelaki ditahan ketika sedang berjudi di bilik khas berkenaan.

Serbuan sepasukan polis diketuai Inspektor Mohamed Izwan Zakariah dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang (D7) itu adalah hasil maklumat awam berhubung kegiatan haram berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, pengunjung yang datang ke premis berkenaan diwajib menikmati hidangan makan sebelum dibenarkan ke bilik khas yang terletak belakang premis itu untuk berjudi.

Pegawai Turus D7 ASP Sampornak Ismail berkata pihak polis turut menahan lelaki pemilik premis berkenaan berusia 40 tahun. "Dipercayai bilik khas berjudi itu telah beroperasi sejak tiga bulan lepas," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata, polis turut merampas 19 set komputer, peralatan jalur lebar serta wang tunai RM910. "Semua lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan