Polis Tahan Suspek Kes Samun Kenderaan

Diterbitkan: Selasa, 4 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam empat kes samun kenderaan, selepas trak pikap yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Air Manis, Bakri, dekat Muar, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kemalangan terbabit berlaku pada 10 pagi dan hasil pemeriksaan polis, mendapati kenderaan jenis Toyota Hilux itu dilaporkan hilang dalam kejadian samun.

"Polis menemui sejumlah mata wang negara ini dan asing dipercayai hasil samun iaitu RM3,668, 50 dolar Singapura, 122 dolar Amerika Syarikat, 6 dolar Brunei, 60 dolar Hong Kong, 20 baht Thailand dan 10,000 rupiah Indonesia, kad pengenalan, dokumen serta empat telefon bimbit milik mangsa samun dalam kenderaan itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini Selasa.

Mohd Mokhtar berkata kedua-dua mereka yang berumur lingkungan 30-an itu dipercayai terlibat kes samun kenderaan di Muar dan Batu Pahat dan kini direman sehingga Khamis.

Katanya suspek mempunyai rekod berkaitan samun dan mendatangkan kecederaan serta ujian air kencing juga menunjukkan mereka positif dadah.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya percaya berjaya menyelesaikan satu kes samun kenderaan dan 10 kes pecah rumah selepas menahan dua lelaki di Taman Pelangi, di sini minggu lepas.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang menaiki kereta jenis Chevrolet, ditahan selepas polis menerima maklumat dan pemeriksaan ke atas kereta itu kemudian menemui sepucuk pistol revolver .38 bersama 11 butir peluru hidup.

"Polis kemudian menyerbu sebuah rumah di bandar raya ini dan menemui sepasang gari, dua pucuk pistol palsu, selaras senapang gas, selaras senapang kayu buatan sendiri, dokumen diri dan dua telefon bimbit dipercayai hasil samun.

"Kedua-dua suspek mempunyai rekod berkaitan samun dan pecah rumah. Seorang daripada mereka baru dibebaskan daripada Penjara Kluang pada 30 April lepas, selepas empat tahun dipenjara atas kesalahan samun," katanya.

Kedua-dua mereka yang berumur 32 dan 42 tahun itu kini direman untuk siasatan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan