APMM Tahan Dua Bot Nelayan Vietnam Tangkap Ikan di Perairan Negara

Diterbitkan: Selasa, 4 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot laut dalam Vietnam bersama dua tekong dan 18 awak-awak kerana disyaki menangkap ikan di perairan negara di lokasi 77 batu nautika dari muara Tok Bali, Isnin.

Ketua Penguatkuasanya, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata kesemua tekong dan awak-awak berumur antara 20 dan 45 tahun itu didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

"Ketika ditahan jam 4 petang semalam, sebuah daripada dua bot itu menyamar sebagai bot nelayan tempatan dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu PAF 4520 untuk mengelabui pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di ibu pejabat APMM Tok Bali di sini Selasa.

Beliau berkata dua bot itu yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta serta hasil tangkapan pelbagai jenis ikan seberat 1,000 kilogram bernilai RM6,000 turut dirampas.

Wan Burhanuddin berkata operasi yang dijalankan di kawasan pelantar minyak itu mendapati banyak bot nelayan asing menangkap ikan di perairan negara walaupun dalam keadaan laut bergelora dan angin kencang.

"Kami mengusir lebih lapan bot lain keluar dari perairan negara kerana tidak mahu melihat pendapatan nelayan tempatan terjejas," katanya.

Wan Burhanuddin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang jika sabit kesalahan tekong boleh didenda tidak melebihi RM1 juta manakala awak-awak boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, 10 bot nelayan Vietnam dengan 119 awak-awak dan tekong ditahan atas kesalahan sama. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan