PPIM Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Facebook Hina Agong

Diterbitkan: Isnin, 3 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Ahad membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada pukul 10.54 pagi diiringi 10 badan bukan kerajaan (NGO) lain.

Beliau berkata PPIM mewakili 100 NG0 dan antara NGO yang hadir hari ini ialah Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia, Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) dan Kelab Ikatan Ukhuwah Malaysia.

Dalam akaun facebooknya seorang wanita yang menamakan dirinya Melissa Gooi didakwa menghina Tuanku Abdul Halim.

"Kebelakangan ini, budaya mengkritik tanpa batasan makin menjadi-jadi dan tidak sepatutnya berlaku kerana mereka yang menghina sangat kurang ajar. Ini merupakan racun yang akan merebak kepada seluruh masyarakat jika tidak ditangani," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Nadzim berkata perbuatan itu merupakan satu penghinaan kepada negara serta mencemarkan institusi diraja.

"Kita minta polis dan Kementerian Dalam Negeri menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Beliau menyarankan agar kerajaan mencari kaedah tertentu untuk menyekat perbuatan yang boleh menjejaskan imej negara. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan