Bekas Jurutera Ditemui Mati Dalam Lokap di Balai Polis Tampin - Berita Jenayah | mStar

Bekas Jurutera Ditemui Mati Dalam Lokap di Balai Polis Tampin

Diterbitkan: Ahad, 2 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas jurutera yang sedang menunggu masa untuk diikat jamin ditemui mati dalam lokap di balai polis Tampin pada Sabtu.

Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk T. Rajagopalu berkata keluarga mangsa, P. Karuna Nithi,42, terkejut ketika menerima berita tersebut kerana mereka sedang mengumpulkan duit jaminan selepas Mahkamah Majistret menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000 pada Jumaat.

Beliau berkata keluarga Karuna Nithi dari Gemencheh telah dimaklumkan oleh seorang anggota polis mengenai kematian mangsa pada pukul 9.45 pagi, tiga jam selepas kematiannya.

"Mayatnya kini berada di Hospital Tuanku Jaafar untuk dibedah siasat,” katanya pada Ahad.

Rajagopalu berkata menurut adik Karuna Tamil Anban, terdapat kesan kecederaan pada badan mangsa.

Beliau berkata pimpinan MIC negeri keliru mengapa seorang lelaki yang gagal menyediakan wang jaminan ditempatkan di lokap polis dan bukannya dihantar ke penjara.

Jelasnya, Karuna Nithi menyerang isterinya dalam satu pertengkaran di Taman Muhibbah, Gemencheh pada 28 Mei lalu.

Isterinya telah membuat laporan polis dan Karuna Nithi telah ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampi pada 31 Mei.

"Karuna Nithi telah didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000.

"MIC mengambil berat terhadap isu kematian dalam lokap," katanya.

Minggu lalu, R. Jamesh Ramesh,40, ditemui mati dalam lokap di ibu pejabat polis Pulau Pinang pada 26 Mei selepas ditahan kerana didakwa terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah. Kematian N. Dharmendran,32 di ibu pejabat polis kontigen Kuala Lumpur, pada 21 Mei juga telah menjadi isu nasional.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan