Kanak-Kanak Perempuan Antara 40 Ditahan Imigresen Melaka

Diterbitkan: Sabtu, 1 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang kanak-kanak adalah antara 40 warga asing yang ditahan Imigresen Melaka dalam operasi di dua kawasan perumahan dan kedai makan di Melaka Tengah yang bermula petang Khamis hingga awal pagi Jumaat.

Pengarah Imigresen Melaka Kamaluddin Ismail berkata kanak-kanak perempuan Myanmar itu ditahan bersama 18 lagi rakyat negara tersebut termasuk seorang wanita, lapan lelaki dan tiga wanita Indonesia, enam lelaki dan dua wanita Kemboja serta dua lelaki India.

Mereka yang berusia antara empat dan 48 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan di kedai makan di Dataran Pahlawan, Melaka Raya, Jalan Temenggung serta dua rumah di Cheng Setia dan di Paya Rumput antara 6 petang Khamis sehingga 3 pagi Jumaat.

"Semasa serbuan di rumah teres dua tingkat di Cheng Setia, seramai lima lelaki dan seorang perempuan warga Kemboja didapati bersembunyi di siling rumah.

"Seorang daripada mereka cedera di tangan akibat jatuh daripada siling ketika serbuan dijalankan," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Beliau berkata kesemua mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan didapati tinggal lebih masa di negara ini.

"Mereka yang ditahan berusia antara 16 hingga 30 tahun bekerja sebagai tukang jahit baju dan seorang pegawai kita juga cedera di tangan apabila terkena siling yang jatuh," katanya.

Kamalluddin berkata 52 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan mereka yang ditahan melakukan kesalahan tinggal lebih masa, menyalah guna pas serta masuk dan tinggal di negara ini tanpa permit atau pas sah selain menggunakan pasport individu lain. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan