Suspek Samun Kedai Serbaneka Diberkas Ketika Urusan Sewa Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki yang aktif melakukan kegiatan samun di kedai sebaneka 24 jam dan kedai runcit di beberapa daerah di negeri ini pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata lelaki berusia 25 tahun itu diberkas kira-kira pukul 8.15 malam di pejabat sebuah kedai sewa kereta di Kampung Pak Tuyu Gong Badak di sini.

Katanya ketika ditahan, suspek yang berasal dari Kampung Tok Adis Kuala Ibai sedang berurusan untuk menyewa kereta bagi melakukan samun di tempat lain.

Polis turut merampas wang tunai RM230 daripadanya.

Hasil pemeriksaan ke atas motosikal jenis Yamaha Lagenda milik suspek, polis menemui sebilah pisau bersarung kayu disorokkan di dalam beg galas yang digunakannya untuk menyamun, katanya ketika dihubungi di sini Khamis.

Manoharan berkata beberapa peralatan lain seperti cermin mata, seluar, baju sejuk dan kasut milik suspek yang digunakan untuk menyamun turut dirampas di kediamannya di Kuala Ibai di sini.

"Siasatan awal mendapati suspek yang tidak mempunyai pekerjaan akan menyewa kereta bagi melakukan kerja menyamun dan sasarannya ialah kedai serbaneka dan kedai runcit," katanya.

Beliau berkata suspek yang juga positif dadah jenis methamphetamine kini ditahan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan